Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 18, 2012

remember

Aku akui, bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu hubungan persahabatan, apatah lagi menguatkannya. tapi hati ini sentiasa berdoa agar Allah sentiasa menyuluhkan sinar kebahagiaan untuk kamu semua, walaupun tiada aku di sana. kerana aku tahu, kamu lebih bahagia tanpa aku.

saban hari fikiran ini melayang ke arah memori kita dulu, tapi itu hanya memori yang hanya pantas untuk diingati, bukan untuk diulangi. kadang2 menitis airmata ini tatkala hati dan fikiran menggamit kenangan lalu, tapi itu hanya kenangan yang hanya tinggal kenangan, ia x boleh diulang lagi.

seronok bila melihat adik2 yang sangat gembira bersama rakan2 mereka di tepi pagar sekolah menanti bas untuk membawa mereka pulang. itulah aku dahulu. rancak berborak di tepi jalan sambil menunggu Bas Abg. Zul ketika di SMKM2. ya. aku sudah melalui zaman itu. suatu hari nanti mereka juga akan sepertiku. mereka akan berada di tempatku. mereka akan rasa apa yang aku rasa.

zaman bergelak ketawa di dalam bas awam sudah berlalu. zaman terpekik terlolong dalam bas sekolah juga dah lama aku tinggalkan. tetapi aku masih mengingati zaman2 itu, yang kadang kala membuat aku tertawa dan menangis sendiri.

manusia matang dengan usia. bertambah usia, maka seharusnya makin sedar kita akan tuntutan kehidupan.


Thursday, November 15, 2012

Doaku

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya diri ini tidak mampu menahan godaan makhlukMu yang bernama syaitan. Maka Kau teguhkanlah imanku dan kekuatanku Ya Allah, agar dapat aku tempuh onak dan duri dalam menjalani kehidupan ini.

Ya Allah, sesungguhnya aku makhluk ciptaanMu yang lemah, yang tidak mampu menepis perasaan hasad dan dengki terhadap hambaMu yang lain Ya Allah, maka Kau jauhkanlah aku dari perasaan hasad dan dengki itu wahai Tuhanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang sering terlupa akan kekuasaan dan keagunganMu Ya Allah, maka kau peringatkanlah aku selalu, agar tidak terlanjur aku dari landasan agamaMu...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, October 19, 2012

KEHEBATAN DOA


♥ Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita! ♥





*copy and paste dari laman facebook seorang sahabat dari Kolej Matrikulasi Pahang, 

Siti Norfaizah Mad Zin

http://www.facebook.com/dini.faizah

Sekadar Luahan Rasa.

Assalamualaikum...

maafkan saya andai tersalah bahasa. cuma ambil sedikit masa untuk meluahkan rasa... 

kadang2 kita lupa siapa diri kita, jadi beringat2lah sentiasa. 

Alhamdulillah, semester 3 dah nak masuk setengah sem, banyak peristiwa berlaku. 

sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan sahabat2 yang baik dan banyak membantu, especially dia. 
kemana sahaja dengan dia, makan dgn dia, pegi kelas dgn dia, balik kelas dgn dia, sentiasa dgn dia.. *kecuali masa dia dating la, xkan nak nyibuk plak kan.

dengan aku bersama dia, dan memandangkan aku selalu tumpang motor dia, maka ramai la yang macam tersalah anggap (motor tu macam aku punya plak, nak tlg bwkkan ape2 je mesti mintak tlg dgn aku.)
maafkan saya, saya tumpang je, sesungguhnya saya xde hak nak tentukan segalanya.. dalam hal ni, sepatutnya orang yang patut diminta tolong ialah dia. bukan saya, kerana saya cuma tumpang. 

tolongla faham keadaaan  ni, rasa bersalah ni dah macam gunung everest nak meletup jadi gunung berapi dah.. 

si dia bukan halimunan dalam umah ni, walaupun dia kerimping je, aku sihat bebenor. rasanya dia boleh dilihat dengan mata. aku yang masih ditegur ni terasa n rasa bersalah sebab kalian x menegur dia sama, seolah2 dia ditelan dalam gulungan lemak2 badan aku. si dia bukan angin yang korang x bleh nampak, si dia manusia biasa yang punya hati dan perasaan macam kalian juga.. 

x salah kalau cuma suarakan "hai" dan "bye" dengan bukan hanya namaku dihujung ucapan. x salah kalau dia juga dipelawa makan, bukan aku saja. *walaupun korang memang tau kitorang makan kat luar.  
kalau aku di pihaknya, mengalir sudah tentu mutiara jernih ni.

*kadang2 kita lupa bahawa kita sudah cukup dewasa untuk berfikir, untuk mempunyai lebih tahap kesabaran dan mempunyai lebih sikap toleransi dan terutamanya LEBIH BERSIKAP MATANG!! 

ok, maafla kalau entry kali ni memang buat kalian terasa, bukan x sengaja. 

*untuk si dia, trima kasih sebab selalu jaga Filah, walaupun Filah selalu lupa banyak sangat perkara sejak dua menjak ni.. walaupun kene ulang cakap banyak2 kali sebab Filah x dgr.. walaupun kadang2 filah macam x betul sikit akhir2 ni. dan terima kasih sebab sudi bawak beban yang berat tiap2 hari waktu nak pegi kelas..

TQ so much... Ana. 
*sayang u lebih. 

Tuesday, September 18, 2012

Villa Tom Yam.

Salam.


Just a short entry.
Villa Tom Yam terletak di Jalan Melang,Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lebih tepat lagi berhadapan dengan UiTM Kuala Pilah Kampus Melang. Bukan kampus Beting yer.
Istimewanya Villa Tom Yam ni adalah kerana keenakan masakannya yang membuatkan Filah dan rakan2 x jemu untuk makan malam di sana. Hampir setiap malam jugalah kami akan makan malam disana seandainya kami x masak sendiri. iyolah kadang2 den dongan kawan den ni balik dah malam. nak masak x larat. heheeh..
Villa Tom Yam menyediakan bermacam-macam menu masakan panas. nak pesan nasi bujang pun boleh bagi saudara saudari yang sedang berjimat tapi lapar.. macam empunya blog ni.. huhu..
so, kalau nak merasa keenakan Villa Tom Yam ni, datang je kat Pilah ni, dpan UiTM Melang.
Villa Tom Yam ni bukak untuk makan malam je yer. sarapan dan makan tengahari xdak kat sini..
kalau nak datang sini,. sementara tunggu Villa bukak, bleh la lepak2 kat Jeram Toi yang perjalanannya hanya kira2 15 minit dari sini dan 15 minit juga dari arah Seremban.
Sekian.

Wednesday, September 12, 2012

The tears again

I am hurt... a lot, when I know it.
But what can I do?
It's not my destiny, its not my goal at this moment.

To be honest, I am truly hurt, I am very disappointed when I know the rumor.
And I cry a lot inside when found out that it is not just a rumor... It is gonna happen.
I cry, I cry a lot...
I'm still crying until now...

But someday I realize that it is not in my plan of life..
I am not ready yet to build a new life with high risk that my life will be ruin.
Let it be my "already grown up" decision.
Let it be my "mature enough" goal.
Let it be my "after graduation" dream.

InsyaAllah... :)

Tuesday, September 11, 2012

Welcome back, dear Zinnirah Hafilah

Assalamualaikum...
lama dah x update blog ni.. hehehe... jin dan syaitan sudah menguasai blog ini!!
just nak story sikit je pasal apa yang berlaku sekitar ketiadaanku di laman Zinnirah HAfilah ni...
sebaik sahaja sampai di kampung halaman, aku sangat perasan yang selera makan mak sudah berkurangan, maka hal itu berlarutan sampai Ramadhan dan Aidilfitri..
sepanjang 2 bulan cuti sem, kesihatan mak amat membimbangkan... jujurnya sampai menitis airmataku..
anak mana yang x sedih bila tgok ibu sendiri hilang selera makan, muntah2 dan sebagainya kan.. masa tu rasa macam xnak balik k.Pilah je..sebab xde org nak jaga mak..
mak masuk wad 2 kali.. awal Ramadhan dan awal Syawal..
Alhamdulillah sekarang ni agak sihat sikit.. so aku n abang hantar mak ke Putrajaya. kakak jaga kat sana n hujung minggu aku bleh jenguk mak kat sana..

jujur aku belum sedia nak mulakan kelas, tapi memikirkan tanggungjawab dan keputusan ari tu, aku gagahkan juga kudrat ni utk melangkah ke K.Pilah meneruskan cita2 walaupun fikiran jauh ke Putrajaya..
agak2 mak dah makan ke belum? dan makan ubat ke belum? dah ambik insulin ke belum? kaki mak sakit lagi ke x??
adik kat kampung dah makan ke belum?? lena ke x die tdo sorang2 kat umah tu??

macam2 kat kepala ni... rasa macam nak g PJ sekarang jugak.. rasa nak balik kampung skarang jugak...
tapi apakan daya.. masing2 ada tanggungjawab...
hujung minggu ni ada dinner jamuan raya kat kampus, tapi xdpt nak join sebab nak kena pg PJ jenguk mak..memandangkan kakak sudah sarat mengandung, sekurang2nya hujung minggu aku bleh jaga diorang,.. kakak nak jaga mak lagi, nak keje lagi, pregnant plak tu.. so tanggungjawab aku la plak jaga mereka pada hujung minggu... so x dpt la nak join dinner nanti walaupun teringin sangat... :(.

memandangkan semester baru sudah bermula, pasti banyak perkara yang kene settle.. semoga tabah menempuh ujianNya wahai Zinnirah Hafilah...

Amin.


Salam Aidifitri Minal Aidil WalFa'izin dari saya, Zinnirah Hafilah. Maaf Zahir & Batin.
*gambar masa pulang beraya di kampung kelahiran yang sentiasa dirindui, Chendering Kuala Terengganu.
bersama sepupu yang manja n ceria sokmo..
bergambar sambil lepak2 makan keropok lekor Losong yang dijual didepan umah.. ;D

Wednesday, July 4, 2012

Assalamualaikum n salam mesra untuk semua...
just nak bagi sikit info n say good bye to all..

ok.. memandangkan ari ni last exam n lagi 2 malam nak balik kampung, di sini Filah ingin menyusun jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang Filah mengenali sume kwn2 Filah... insyaAllah ari sabtu ni balik Pahang... seperti yang diberitahu sebelum ni, kampung halaman Filah xde internet coverage...
dan memandangkan cuti sem bakal berlangsung selama 2 bulan, jadi selama itulah Filah xkan muncul di Facebook, Tagged, Blogger mahupun Twitter... 
kira2 lepas raya baru online semula sebab kembali ke Kuala Pilah.. insyaAllah..

jadi, di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin untk semua kengkawan yang mengenali diri ini.. cewahh... !!
 jemputla datang umah raya nanti... cari je kat GPS korang tu nama kampung Filah... kalau GPS rosak, Call je Filah.. nanti Filah akan bagi peta harta karun kat korang... hehehe nak jemput xleh la plak.. moto x reti nak bawak, apatah lagi keter kan hahah... 

ok.. selamat bergembira bersama keluarga masing2 ye... 
Wassalam... 

Saturday, June 23, 2012

Kembali... ;')

Salam..
dah lama tak update blog ni.. lebih tepat lagi sejak aku balik dari Cuti Gawai awal bulan Jun lagi
lebih tepat lagi ialah sejak ayahanda dan kanda pergi menyambut seruan Ilahi...
semua berlaku telalu pantas..
sekelip mata saja..
cuti yang aku harapkan akan menjadi cuti yang menyeronokkan, bertukar menjadi sepi.. sekelip mata,..

aku risau..
mak dan adik bongsu kat rumah, tiada teman..
rumah yang sunyi..
anak2 perempuan yang jauh merantau, jarang dapat berjumpa..
rumah yang tiada lagi suara ayah...

jujur, sudah sebulan berlalu,
tapi minda masih menerawang jauh ke Pahang
memikirkan kesihatan mak yang makin membingungkan
memikirkan adik bongsu yang istimewa... masihkah bersedih atas pemergian ayah dan abang..
adik menangis setiap kali pulang dari menziarah pusara ayah, berjalan perlahan-lahan memeluk ibuku sambil memanggil-manggil nama ayah,.
air mata jatuh setiap kali mengenangkannya... wajah mak yang sayu, wajah adik yang bersedih, wajah Awie yang masih terkilan..

jujur, ianya meragut tumpuan ulangkaji aku...
jasad di bilik kuliah, minda terbang jauh ke kampung halaman..
jasad bersama kawan2 yang sentiasa ceria, minda jauh memikirkan ibu dirumah...
jasad dihadapan pensyarah yang memberi ilmu, minda pergi entah kemana...

peperiksaan akan tiba,
jujur aku masih belum bersedia...

*sebelum air mata tumpah lagi, lebih elok aku berhenti dulu...
maafkan filah ya semua..
halalkan semuanya...
dari roh sampai jasad..
filah sayang korang semua...
love you always... :)

Saturday, May 26, 2012

Dah Lama Tak Rasa Macam Ni.. :)

Salam...
Jujur, aku rasa sangat seronok malam ni...
semua girls kelas aku (15 orang) berkumpul kat umah, makan malam sama2...
Umah atul, fifi, dgn Ani masak lauk, umah kami tanak nasi...
dan suasana jadi sangat gamat... macam nak runtuh umah ni... kecoh sangat...
kalau kat Melang dulu, tiap2 hari jumaat ktorg mesti g pasar malam, pastu makan sama2 kat ruang tamu... masa tu macam2 citer kluar...

Alhamdulillah, malam ni Allah bagi peluang untuk rasa suasana tu lagi... walaupun dah sekian lama x rasa macam ni.. maklumlah, sekarang masing2 dah ada umah sewa masing2... dah tak duduk dalam satu rumah macam dulu....
kalau jumpa pun kat kampus je.. abis je kelas, masing2 balik rumah sewa masing2.. huu...

ingat senang ke nak kumpul ramai2 macam ni?? nak2 bila rancangan last2 minit.. hehehe....
bukan xnak jemput bdak2 laki kelas, cuma kalau jemput nanti apa plak jiran2 pikir.. mlam2 plak tu... hehe
maaf ya jejaka2 malaya sekalian... nanti raya insyaAllah kita bt open house... hehe

ok.. sampai sini je la utk malam ni... kat ruang tamu masih riuh dgn suara fifi dgn ani sembang2..
harap2 suasana macam ni bleh aku rasa lagi nanti...:)

Thursday, May 24, 2012

Pemburuan Tamat... Tq For Everything... I Love U lah.. ;)

mungkin sebab aku rabun, mataku x mampu menangkap kehadiran serangga2 itu.. nasib baik ada bantuan dari Dia dan dia...
tugas jadi lebih mudah..
Dia tahu takut dgn serangga, jadi Dia sudi membantu hingga akhir tugas...
dia tahu aku memerlukan, jadi dia menghulurkan tangan, mambantu...
tanpa Dia dan dia, tak mungkin aku dapat selesaikan tugas ni..

jujur, aku sangat terhutang budi dgn Dia dan dia...

Dia, Nurulfarhanah Noor Zaini, yang sentiasa menemani aku memburu serangga..tanpa jemu... sampai aku sendiri hampir putus asa... tapi Ana tetap Ana... tegas, tapi baik..
jujurnya, selama memburu serangga tu, Dialah yang tangkap serangga2 tu.. jujur aku geli n takut nak pegang.. huhu... badan je gah, tapi hati semut je... kalau xde Ana, x kumpul serangga dah aku.. silap2 aku anta insect box kosong je kat Miss Annie... hehe..
selama tiga kali tangkap serangga, selama tulah Ana sudi menemani n membantu...
hati ni panas je bila tgok Ana terkejar2 tangkap serangga... aku sangat menyusahkan... maafkan Filah ya Ana... banyak nyusahkan Ana.. ;(
ingat x letih ke kejar serangga... tercungap2 kitorang... Ana kejar rama2, aku plak kejar Ana.. hahahaha...

dia, Rahimah binti Ya'cob.. yang sentiasa sudi membawa dan menumpangkan kami ke UiTM Beting untuk memburu serangga2 tu... x kira siang atau malam.. aku dan Ana memang xde kenderaan.. jadi kami minta tolong la kat Imah... nasib baik Imah sangat memahami... x jemu menumpangkan kami selama proses memburu.. walaupun plan hampir2 x jadi sebab masalah kunci kereta, tapi Alhamdulillah, semua settle...

Terima kasih Ana, sebab menyokong dan membantu.a lot.. tolong tangkap serangga2 tu untuk Filah...
Terima kasih Imah, sebab sudi tumpangkan kami untuk buru serangga2 tu...

I Love You Two... :)

Wednesday, May 23, 2012

Silent Heart Says: Kuatkan Semangat...

Salam...
malam ni nak citer pasal salah satu cara utk kuatkan semangat yg agak lemah, terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai...
sebagai seorang pelajar, perkara yg wajib dilakukan ialah "presentation" untuk subjek2 utama jurusan..
aku sendiri mengalami hal yang sama. dalam satu minggu, pernah ada sampai 4 presentation kene settle..
tiap2 kali presentation, tiap2 kali tulah aku nervous gilerr.. huhuu.. seram sejuk macam duk dalam peti ais je..

seorang kawan memberitahu yg salah satu cara untuk menghilangkan rasa gugup itu ialah dengan memegang sesuatu objek kecil seperti pin kertas..

pagi tadi ada presentation utk subjek hortikultur.. masa persediaan hanya 2 hari.. jadi bagi aku yg kemampuannya terbatas, jujur aku katakan bahawa aku kurang bersedia untuk tajuk kali ni...
sangat2 berdebar sebab xtau sangat apa yg nak di'present' kat depan bilik kuliah tu...

so, aku pegang penutup pen (tu je yg sempat capai masa nak present tadi)... sambil aku "sembang" kat depan pasal slide aku tu, aku genggam kuat2 penutup pen tu.. kata kawan tu, rasa gugup bleh "disalurkan" ke objek yg dipegang tu... *kajian juga dilakukan oleh pakar, ianya satu cara yg amat berkesan..

makin lama aku 'sembang', makin hilang rasa gugup aku tu.. yes!! Alhamdulillah...
ku akhiri presentation dgn senyuman... :)

terima kasih kawan kerana mengingatkanku... amat2 hargai jasamu..;)

Thursday, May 17, 2012

Dah Lama Tak Buat Perangai.. ;)

dah lama x buat perangai lepak sorang2 kat kedai makan. oleh kerana sejak 3 minggu ni, ke"tension"an aku rasakan sangat melampau, aku pun pegi la pusing2 Pekan Pilah sorang tadi lpas balik dri kelas, tidak dipedulikan homework yg bertimbun. .. ada jgak membe yg bertanya, nak bt ape kat Pilah tu.. hahah.. Filah memang slalu gi Pilah. aku pun jwb la ada keje.

I really need to be alone, even for a few hours.
jujurnya, kadang2 aku perlukan masa untuk aku layan perasaan aku sendiri.. tanpa perlu pedulikan perasaan orang lain... ikut hati memang nak off je phone td, tapi lupa plak.. hehehe
penat pusing2 Pilah dgn kasut tinggi, pegi la mkn kat KFC Pilah ni...sorang2..
kalau dulu, memang hobi aku makan sorang2 kat kafe..especially masa Matrik PDT..
siap makan kat KFC, aku pun balik la umah.. x elok pmpuan merayau lama2.. kejap2 sudah la..
dah puas tgok gelagat makhluk Allah yg bermacam2 ragam kat KFC tu,
duduk kat bus stop Pilah tu plak, mata liar je tgok gelagat manusia lagi.. sampai terlepas 2 buah bas.. heee...
sampai je Melang, bas terlajak plak smpai kat dpan UiTM.. hadoi...

untuk lepaskan tekanan, lain orang, lain caranya. aku sendiri ada banyak cara..
satu: menangis.. normal la tu org pmpuan nangis.. jgn pelik kalau kadang2 Filah nangis tanpa sebab.. *pesanan untuk housemate.. heheh
dua: lepak sorang2.. makan2, tgok gelagat orang lain, especially kat tempat terbuka*macam yg aku bt tadi
tiga: tetiba happy terlebih mcm org x btol.. hehehe..
empat: Baca Yasin.. ni kalau tension tahap sangat melampau..

kepada kawan2ku @ housemate2ku, Filah minta maaf sebab x bgtau lebih lanjut kenapa Filah pegi Pilah td.. jujur Filah sgt penat dgn keadaan sekarang,,, maklumlah insect x kumpul banyak lg... assignment byk.. presentation lg.. homework lg.. mak sakit.. exam n test lagi.. huuu... Filah harap korang faham...:)

*sedang merayau2 Pilah td, call mak, mak ckp yg mak cuma ada masalah constipation.. huu.. nasib baik xde masalah lain...itu adalah satu berita gembira yg mengurangkan tekanan tadi..;)

hari makin hari, Filah banyak kongsi ttg diri Filah kat sini untuk pengetahuan korang.. heehee
just hoping that u can know me better..
sekian, wassalam...

Wednesday, May 16, 2012

Silent Heart Cry... Don't be so fool...!

Si dia datang dan pergi..just like the rain on the windy day...
Si dia baik hati....but we never know his true heart, 
Si dia seorang yg ambil berat... but what if he dump me and he doesn't care about me anymore??
Kadang-kadang si dia muncul... my life is like The Spring in the Summer..
Kadang-kadang dia hilang entah kemana... i feel like want to cry out loud...not knowing what had happen to him... 

For the first time, I feel that he is the one, but he is gone, just like the dust blew by the wind.. 
Do I need to find him?? or another?? 
For the first time, I feel that, maybe this is a good beginning, but at the end, I am so sure that I will go through with my ordinary lifestyle...



Someone said: "don't just wait, you have to find one on your own" 
I tried, but the truth is, there is nothing I can do....
So, I will just wait... forever...
Until the time has come... 

still hoping that the time will come...
and still healing myself from all this nonsense... 

Friday, May 11, 2012

Silent Heart Says: I Wish...

Aku inginkan hubungan yg berkekalan sesama Allah dan sesama manusia..
Aku inginkan jodoh yg diredhai Allah selama-lamanya
Aku inginkan kebahagiaan keluargaku yg berpanjangan..



aku ingin ditegur apabila aku lakukan apa saja kelalaian dan kesalahan..
aku ingin sahabat2ku sentiasa menyeru untuk melakukan kebaikan di dunia & akhirat..
aku ingin keharmonian dalam bersahabat...

aku harap sahabat2ku tidak lupakan aku bila aku sudah tiada
kerana memori akan kekal sampai mati..
kerana mereka adalah insan2 kesayanganku
kerana mereka adalah penyuntik semangatku tatkala aku berperang dgn emosi
kerana mereka sentiasa bersamaku tak kira di mana jua aku pergi..

aku sayangkan mereka semua..
kerana mereka sangat istimewa dan berharga..

Ya Allah, kekalkan persahabatan ini..
sebagaimana Engkau kekalkan Nabi Muhammad di syurgaMu..


Ya Allah, sihat sejahterakanlah ibuku Ya Allah...
aku mohon padaMu..
kurniakanlah kesihatan kepadanya...
jgnlah Kau uji ibuku dgn ujian yg x mampu ditanggungnya Ya Allah...

Tuesday, May 8, 2012

Silent Heart Says: Do You Still Remember

Salam...




masih ingatkah mesin mainan ni??
sure masa kita kenit2 dulu kita slalu main kan*sekarang pun kenit jgak.. hahaha
dulu, asal pegi kedai je mesti nak beli mainan kat dalam mesin ni...
nampak je mesin ni terus mintak 50sen dgn mak...
kalau x dpt, mesti sampai nangis2 kat kedai tu... *nangis kuat2 plak tu.. bila ingat balik malu plak rasa.. hehehe
lpas tu, bila dah dpt capsule tu, tgok2 x dpt apa yg kita nak...
kita pun mintak lagi 50sen kat mak...
beli lg capsule tu...
kalau dpt, suka la kita... kalau x, kene marah je dgn mak sebab membazir..
btol tak kawan2??

sampai sekarang duk ada lagi mesin ni..
semalam aku pegi Pilah, nak print data...
singgahla kat Gedung Minang, beli barang skit...
tengah duk tunggu kawan beli barang, aku lepak la kat luar market tu..
tetiba ada bdak sekolah rendah tu mintak 50sen 2 keping kat mak dia...
mak dia bagi muka x puas hati je kat si anak tu.. sian bdak tu..
nasib baik dia bdak, xtau maksud disebalik mimik muka si ibu...
rengek punya rengek, dpt la duit syiling dari si ibu...
si anak pun gembira bkn kepalang...
dapat je capsule tu, aleh2 x dpt apa yg bdak tu nak..
nak2 plak mesin tu meragam.. capsule xnk kluar dari peti..

keadaan smalam sebijik sama macam apa yg aku alami masa kenit2 dulu...
cuba korang bayangkan banyak mana bajet yg mak ayah korang kluarkan untuk proses korang membesar??
mesti x terkira kan... malah sampai sekarang masih menggunakan biasiswa mak ayah korang*sama la dgn aku
sama2 la kita ambil iktibar...
telefon mak, tanya khabar, mintak halalkan makan minum korang, minta maaf kalau korang buat hati diorang terluka... *pesanan untuk diri sendiri juga...

untuk aku, kalau mak aku bleh la call, tapi ayah, kalau call pun xkan dgar suara dia.. sudah terlantar atas katil x mampu nak berjalan.. itulah lumrah manusia... setiap yg muda pasti akan lalui hari tua...

wassalam.....

Monday, April 30, 2012

Cerita Kedah - Perlis

Assalamualaikum...
seperti yg dijanjikan kepada kawan2ku yg aku sayang...
ha amik kau post pasai fieldtrip.... hahaha

Kisah bermula pada tanggal 22 April 2012, bertolaklah kami 33 orang pelajar UiTM K.Pilah... 24 pelajar part 2 dan 7 org senior part 6....
kronologinya, aku citer la kat bawah ni, korang baca la ek... hahaha...


 Bismillahirrahmanirrahim.... maka bermulalah pengembaraan selama 4 hari kami... masing2 macam nak pindah je gayanya... smpai ada yg bwk beg ada roda... hahaha aku la tu sapa lagi... tp bkn luggage hitam aku tu la... yg kecik sikit je dari tu.... hehehe...untung ada beg dari xde kan... 


 sampai2 je kat UiTM Melang, bas x start pun lagi.. pak cik driver x sampai lg.. kami pun lepak2la kat surau dpan kolej tu... 


muka happy nak mulakan perjalanan... hahaha...


berhenti sarapan kat RnR Senawang kot.. Kak Ain la ckp Senawang... aku x ingat plak nama tmpatnye... hahah

senang btol diorang tdo... aku xleh tdo. dah memang tabiat suka pandang luar tingkap masa naik kenderaan... aku masih dapat kekal duduk sorang2 walaupun bas hampir penuh.. single forever k.. haha
bosan duk dalam bas, pandang je kiri kanan, sume dah tumbang.. apa lagi, aku pun snap la masing2 punya gambaq... amik kau... hahaha/... ni ain wahil punya skill tdo ats bas...


ni atul plak... 


 'B.. Bring the boys out'... hahaha... lagu tu kot aina dgr smpai tertido... hhaha


ada kenalkah sama ini amoi?? Fazlina iena punya pose....


3 penyamun di dalam negeri...


 hahaha.... agak2 diorg prasan x ek aku amik gmbar diorg ni... huhuuu...


 Amirulah Che Hasmi a.k.a Popo...


ha... ni plak antara budak paling kecik dlm kelas... fifi namanya... 


dah puas tido, time to makan la plak... haha... masa ni berhenti kat RnR jgak, tapi aku lupa jugak nama tempatnye... banyak makan semut kot... 


apa perlunya jejaka itu melunjurkan kaki??? aku pun xtau la...


sebahagian besar ahli keluarga AT2202A1


dgrnya restoran ni kawan ayah Bad punya... maybe la kot... yg penting perut diisi... adoi asyik berhenti makan je ktorg... hahaha


ada parent datang ke??? hahaha... kata noly, bila nampak je flash kamera, pintu kereta yg nak ditutup terus dibuka semula... btul ke?? hmm.. xtaula cek...

 first briefing pasal tmpat2 lawatan esoknya.. kene tegur sebenarnya masa ni.. maafla sir, kami budak baru belajar...


sebahagian dari pelajar perempuan yg ada... termasukla senior2 part 6 yg happy go lucky slalu...


ha... yg 5 org tu senior.. yg 2 org lg tu sapa xtau.. lagu mana la bleh ada kat sini... 


yg baju merah tu pensyarah baru kami... walapun x ngajar kami, tapi sudi join fieldtrip ni... trima kasih Miss Wani...


hahaha.... syukri jumali suka benor posing mcm ni...


 kat Padang Besar Perlis.... org ramai cakap barang sini murah... honestly barang2 kat Bandar Maran lagi murah... hahaha... puji tempat sendiri walaupun aku jarang skali nak pg shopping... mak cakap: pergi kat tempat shopping x semestinya kita pun kene shopping.... cuci mata sudahla... xyah beli kalau x memerlukan
Dikno simpan sampai sekarang kata2 itu,..
sudahnya aku beli kacang cerdik kiriman kakak tersayang je... 


memang bosan 3 jam kat sini, aku pun mundar mandir sambil snap2 apa saja yg aku rasa nak snap...


Kak Ain punya perangai sama macam aku xsuka shopping... awal2 lg dah layan novel, Badi'uzaman pun join skali la.... yg xleh tahannya, Bad baca novel macam baca komik Jepun... asal jumpa perkataan yg dia rasa lucu je, dia bantai gelak kuat2 kat situ.. hahaha


pensyarah2 x lepaskan peluang shopping sakan...  bukan main lg membeli...


 meh sini I pilihkan untuk U... HAHAHA.... tu kot ayat Sameer kat Ain Wahil....
ish2x xde la.. gurau je ye huhu....


untuk anak bini kat rumah... cakap pak cik tu kat aku masa aku amik gmbr ni... hahah... memandai aku je serkap jarang


yg surenye salah satu Narita tu sir Fahrul punya... ;D... 


dulu masa on the way nak g praktikal, penah la singgah sini tapi masa tu org ramai giler.. x sempat nak order... kali ni masing2 xnak lepaskan peluang.. dapatla rasa cendol kat sini.. sodap...


taukeh Harumanis mai dah... kat masjid pun jadi berbisnes... hehehe... x lepaskan peluang beli Harumanis ni.. memang sodap... hajatnya tahun dpan nak order lagi... hehehe,... macam x cukup je 2kg yg aku bli tu...


ni menara Alor Setar... masa konvoi Viva time praktikal dulu dah pegi kat sini, so ktorng x pegi la masa ni, last2 lecturer pegi sendiri naik kereta sir Asyraf... haha... 


oh tidak.. tempat shopping lagi.. skali lagi aku termangu xtau nak bt ape2... pusing2, snap gambar, pastu balik ke tempat parking bas semula.... bosei wei g tmpat2 gini.. bwk la gi pantai ke, air terjun ke,. syok jgak.... hehehe...


amik gambar sudah... beli karang hilang xtau ke mana...


tgah hari td duk jual harumanis, tup2 petang tu tetiba ada mat motor ni berhenti kat dpan ktorang... rempit dari Arau sampai Alor Setar tu... apapun terima kasih En. Huzaifah sebab sudi jenguk kami di sana... 
;)

bergambar kat Entrance Istana Anak Bukit... yg serabut dgn selendang hijau tu terkena demam n selesema.. haha.. smpai sekarang x baik2 lagi... tdo lg bwh kipas smpai 3 biji kipas.. aleh2 g mana2 pkai pashmina tu.. huhuhu.... 

muka org selesema bergambar... seram sejuk je rasa...


hari terakhir lawatan, kami pegi ke tasik rekreasi Kem Paya Pahlawan... cantik tasik ni... main kayak kat sini lagi syok kan.. haha... sukan kegemaran.. nak main sukan mahal2 je... haha


tuan tanah kedaung belum baik selesema... beg nikon sentiasa dibahu... beg nikon, kamera canon... untung ada beg n kamera dari xde... haha


  Imah(kiri) dan Miss Wani(kanan) yg sentiasa comel...lecturer ni sopan je... mengajar Farm Mechanization ni... bkan calang2 orang tau...


ni masa on the way balik ke K.Pilah... gambar ni masa kami lalu kat Plus Perak... nama specificnya aku x ingat.. macam biasa la... agak pelupa... hehehe...


ni pun kat Perak jgak... jalan yg sama dgn gmbar diatas.. masa ni baru lpas hujan.... tingkap bas belah kiri ada pelangi, tingkap bas blah kanan ada sunset... cantik sungguh Anugerah Ciptaan Allah S.W.T...

Sejuknya Malaysia... haa... last picture untuk fieldtrip ni... yg ni kat stesen minyak Senawang... alang2 dah nak smpai Pilah, snap la gmbar si Syukri Jumali posing ni... laka laka pun ada aku tgok gmbr ni..*tiru ayat lawak ke der Jozan* hahaha

sekian la untuk post kali ni... memang niat nak settlekan dulu report baru nak update post ni, tapi nampaknya post ni siap dulu dari report... hahaha... xpelah nak buat mcm mana kan... aku insan biasa,,,;)
maaflah, gambar2 tempat lawatan memang x letak dlm post kali ni sebab gmbar2 tu untuk report... dah anta report baru bleh upload... hehe.. copyright reserved...

sume pelajar, pensyarah dan kakitangan Ladang Tebu, Felda Chuping, Perlis. 


harap2 dapat peluang lagi nak tgok bumi utara... xtau kenapa aku suka sgt tgok sawah padi... damai je rasa...
wassalam.....

Hadiah dari Bonda...

Jarang rasanya menerima hadiah atau pemberian dari mak tercinta melainkan salam sayang dan ciuman mesra...
kepulangan yang hanya sementara ternyata membuat mak gembira, walaupun untuk seketika...
aku dihadiahkan sepasang telekung berwarna putih, hadiah ikhlas dari mak tercinta..
sesungguhnya mak tahu yang anaknya ini hanya memakai kain telekung yg berwarna putih sahaja... warna pilihan untuk kain telekung sejak kecil...
terima kasih mak...
doa Dikno sentiasa bersama mak..
dikno tahu mak sentiasa doakan kejayaan dikno di dunia dan akhirat...
maafkan anakmu ini...kerana sangat jarang pulang ke rumah...
kekangan masa dan komitmen belajar membataskan segalanya..

syukur kerana mak dikurniakan kesihatan yang tidak membimbangkan...
akan kujaga hadiah ini sebaiknya...
sangat gembira apabila mendapat hadiah ini..
naluri ibu sentiasa benar,...
mak tahu bahawa kain telekung dikno sudah lama benar...
dan mak belikan yang baru untuk dikno...
terima kasih mak...

Dikno Sayang Mak Sokmo...:)