Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

Cerita Kedah - Perlis

Assalamualaikum...
seperti yg dijanjikan kepada kawan2ku yg aku sayang...
ha amik kau post pasai fieldtrip.... hahaha

Kisah bermula pada tanggal 22 April 2012, bertolaklah kami 33 orang pelajar UiTM K.Pilah... 24 pelajar part 2 dan 7 org senior part 6....
kronologinya, aku citer la kat bawah ni, korang baca la ek... hahaha...


 Bismillahirrahmanirrahim.... maka bermulalah pengembaraan selama 4 hari kami... masing2 macam nak pindah je gayanya... smpai ada yg bwk beg ada roda... hahaha aku la tu sapa lagi... tp bkn luggage hitam aku tu la... yg kecik sikit je dari tu.... hehehe...untung ada beg dari xde kan... 


 sampai2 je kat UiTM Melang, bas x start pun lagi.. pak cik driver x sampai lg.. kami pun lepak2la kat surau dpan kolej tu... 


muka happy nak mulakan perjalanan... hahaha...


berhenti sarapan kat RnR Senawang kot.. Kak Ain la ckp Senawang... aku x ingat plak nama tmpatnye... hahah

senang btol diorang tdo... aku xleh tdo. dah memang tabiat suka pandang luar tingkap masa naik kenderaan... aku masih dapat kekal duduk sorang2 walaupun bas hampir penuh.. single forever k.. haha
bosan duk dalam bas, pandang je kiri kanan, sume dah tumbang.. apa lagi, aku pun snap la masing2 punya gambaq... amik kau... hahaha/... ni ain wahil punya skill tdo ats bas...


ni atul plak... 


 'B.. Bring the boys out'... hahaha... lagu tu kot aina dgr smpai tertido... hhaha


ada kenalkah sama ini amoi?? Fazlina iena punya pose....


3 penyamun di dalam negeri...


 hahaha.... agak2 diorg prasan x ek aku amik gmbar diorg ni... huhuuu...


 Amirulah Che Hasmi a.k.a Popo...


ha... ni plak antara budak paling kecik dlm kelas... fifi namanya... 


dah puas tido, time to makan la plak... haha... masa ni berhenti kat RnR jgak, tapi aku lupa jugak nama tempatnye... banyak makan semut kot... 


apa perlunya jejaka itu melunjurkan kaki??? aku pun xtau la...


sebahagian besar ahli keluarga AT2202A1


dgrnya restoran ni kawan ayah Bad punya... maybe la kot... yg penting perut diisi... adoi asyik berhenti makan je ktorg... hahaha


ada parent datang ke??? hahaha... kata noly, bila nampak je flash kamera, pintu kereta yg nak ditutup terus dibuka semula... btul ke?? hmm.. xtaula cek...

 first briefing pasal tmpat2 lawatan esoknya.. kene tegur sebenarnya masa ni.. maafla sir, kami budak baru belajar...


sebahagian dari pelajar perempuan yg ada... termasukla senior2 part 6 yg happy go lucky slalu...


ha... yg 5 org tu senior.. yg 2 org lg tu sapa xtau.. lagu mana la bleh ada kat sini... 


yg baju merah tu pensyarah baru kami... walapun x ngajar kami, tapi sudi join fieldtrip ni... trima kasih Miss Wani...


hahaha.... syukri jumali suka benor posing mcm ni...


 kat Padang Besar Perlis.... org ramai cakap barang sini murah... honestly barang2 kat Bandar Maran lagi murah... hahaha... puji tempat sendiri walaupun aku jarang skali nak pg shopping... mak cakap: pergi kat tempat shopping x semestinya kita pun kene shopping.... cuci mata sudahla... xyah beli kalau x memerlukan
Dikno simpan sampai sekarang kata2 itu,..
sudahnya aku beli kacang cerdik kiriman kakak tersayang je... 


memang bosan 3 jam kat sini, aku pun mundar mandir sambil snap2 apa saja yg aku rasa nak snap...


Kak Ain punya perangai sama macam aku xsuka shopping... awal2 lg dah layan novel, Badi'uzaman pun join skali la.... yg xleh tahannya, Bad baca novel macam baca komik Jepun... asal jumpa perkataan yg dia rasa lucu je, dia bantai gelak kuat2 kat situ.. hahaha


pensyarah2 x lepaskan peluang shopping sakan...  bukan main lg membeli...


 meh sini I pilihkan untuk U... HAHAHA.... tu kot ayat Sameer kat Ain Wahil....
ish2x xde la.. gurau je ye huhu....


untuk anak bini kat rumah... cakap pak cik tu kat aku masa aku amik gmbr ni... hahah... memandai aku je serkap jarang


yg surenye salah satu Narita tu sir Fahrul punya... ;D... 


dulu masa on the way nak g praktikal, penah la singgah sini tapi masa tu org ramai giler.. x sempat nak order... kali ni masing2 xnak lepaskan peluang.. dapatla rasa cendol kat sini.. sodap...


taukeh Harumanis mai dah... kat masjid pun jadi berbisnes... hehehe... x lepaskan peluang beli Harumanis ni.. memang sodap... hajatnya tahun dpan nak order lagi... hehehe,... macam x cukup je 2kg yg aku bli tu...


ni menara Alor Setar... masa konvoi Viva time praktikal dulu dah pegi kat sini, so ktorng x pegi la masa ni, last2 lecturer pegi sendiri naik kereta sir Asyraf... haha... 


oh tidak.. tempat shopping lagi.. skali lagi aku termangu xtau nak bt ape2... pusing2, snap gambar, pastu balik ke tempat parking bas semula.... bosei wei g tmpat2 gini.. bwk la gi pantai ke, air terjun ke,. syok jgak.... hehehe...


amik gambar sudah... beli karang hilang xtau ke mana...


tgah hari td duk jual harumanis, tup2 petang tu tetiba ada mat motor ni berhenti kat dpan ktorang... rempit dari Arau sampai Alor Setar tu... apapun terima kasih En. Huzaifah sebab sudi jenguk kami di sana... 
;)

bergambar kat Entrance Istana Anak Bukit... yg serabut dgn selendang hijau tu terkena demam n selesema.. haha.. smpai sekarang x baik2 lagi... tdo lg bwh kipas smpai 3 biji kipas.. aleh2 g mana2 pkai pashmina tu.. huhuhu.... 

muka org selesema bergambar... seram sejuk je rasa...


hari terakhir lawatan, kami pegi ke tasik rekreasi Kem Paya Pahlawan... cantik tasik ni... main kayak kat sini lagi syok kan.. haha... sukan kegemaran.. nak main sukan mahal2 je... haha


tuan tanah kedaung belum baik selesema... beg nikon sentiasa dibahu... beg nikon, kamera canon... untung ada beg n kamera dari xde... haha


  Imah(kiri) dan Miss Wani(kanan) yg sentiasa comel...lecturer ni sopan je... mengajar Farm Mechanization ni... bkan calang2 orang tau...


ni masa on the way balik ke K.Pilah... gambar ni masa kami lalu kat Plus Perak... nama specificnya aku x ingat.. macam biasa la... agak pelupa... hehehe...


ni pun kat Perak jgak... jalan yg sama dgn gmbar diatas.. masa ni baru lpas hujan.... tingkap bas belah kiri ada pelangi, tingkap bas blah kanan ada sunset... cantik sungguh Anugerah Ciptaan Allah S.W.T...

Sejuknya Malaysia... haa... last picture untuk fieldtrip ni... yg ni kat stesen minyak Senawang... alang2 dah nak smpai Pilah, snap la gmbar si Syukri Jumali posing ni... laka laka pun ada aku tgok gmbr ni..*tiru ayat lawak ke der Jozan* hahaha

sekian la untuk post kali ni... memang niat nak settlekan dulu report baru nak update post ni, tapi nampaknya post ni siap dulu dari report... hahaha... xpelah nak buat mcm mana kan... aku insan biasa,,,;)
maaflah, gambar2 tempat lawatan memang x letak dlm post kali ni sebab gmbar2 tu untuk report... dah anta report baru bleh upload... hehe.. copyright reserved...

sume pelajar, pensyarah dan kakitangan Ladang Tebu, Felda Chuping, Perlis. 


harap2 dapat peluang lagi nak tgok bumi utara... xtau kenapa aku suka sgt tgok sawah padi... damai je rasa...
wassalam.....

Hadiah dari Bonda...

Jarang rasanya menerima hadiah atau pemberian dari mak tercinta melainkan salam sayang dan ciuman mesra...
kepulangan yang hanya sementara ternyata membuat mak gembira, walaupun untuk seketika...
aku dihadiahkan sepasang telekung berwarna putih, hadiah ikhlas dari mak tercinta..
sesungguhnya mak tahu yang anaknya ini hanya memakai kain telekung yg berwarna putih sahaja... warna pilihan untuk kain telekung sejak kecil...
terima kasih mak...
doa Dikno sentiasa bersama mak..
dikno tahu mak sentiasa doakan kejayaan dikno di dunia dan akhirat...
maafkan anakmu ini...kerana sangat jarang pulang ke rumah...
kekangan masa dan komitmen belajar membataskan segalanya..

syukur kerana mak dikurniakan kesihatan yang tidak membimbangkan...
akan kujaga hadiah ini sebaiknya...
sangat gembira apabila mendapat hadiah ini..
naluri ibu sentiasa benar,...
mak tahu bahawa kain telekung dikno sudah lama benar...
dan mak belikan yang baru untuk dikno...
terima kasih mak...

Dikno Sayang Mak Sokmo...:)



Thursday, April 26, 2012

Lagu ini kembali,,,

cuba dengar lagu Taylor Swift ni...
ni la lagu yg bt aku x jemu2 nak dgar..
saje je nak share dgn korang.. hehe..
muziknya aku suka sangat... x terlalu rancak..

kalau perasan, lagu ni pernah ada kat blog ni sebelum lagu opick tu, tapi tetiba rasa nak letak semula lagu ni.. hehe

ok.. tu je nak share kat blog ni.. tgah bz sbnarnya ni...
wassalam...

Promote: Muzium Padi Kedah


Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar, telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.

Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampungan di sekelilingnya.

 Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini adalah 12,000m persegi dan mempunyai 3 aras.

Aras 1
Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional penanaman padi.

Aras 2
Aras ini mengandungi enam galeri yang memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang.

Aras 3
Dengan mendaki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke Puncak Gunung Keriang  dan melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang..


Ok, habis dah ayat formal... tiba masa untuk ayat basi2 n jiwang2 plak... hehehe... actually aku baru balik dari fieldtrip Kedah-Perlis ni... kami melawat sama la Muzium Padi Kedah ni. Dah habis ronda2, masa nak keluar dari entrance tu, ada la Pak Cik ensem berbaju Melayu tu bagi pamplet kat aku.. yg kat atas ni ayat2 dari pamplet tu la... haha tapi x semua la aku salin.. sikit2 je.. nak banyak kene pergi sendiri... Pak cik tu minta la aku promotekan muzium ni ke luar.. sebab dia tau yg kami datang nun dari Selatan... so aku janji nak post pasai muzium ni kat blog aku..

So, enjoy la gambar2 ni k...

 mesin semaian karpet

aku sorang pun xkan muat dalam pondok tu.. haha... kita akan nampak banyak pondok2 macam ni kat sawah padi.*zaman dulu punya sawah la... sekarang ni dah maju, rumah banglo terus kat tengah2 sawah tu... hahaha...

baaasikal tua... teringin nak bawak basikal ni, tapi dah lama jadi bangkai kat rumah aku tu.. 

3 gambar kat atas ni alatan yg ada kat aras 1 muzium ni... banyak sebenarnya alatan yg ada kat sini.. tapi x ter'upload' semua..

ha.. ni la mak cik jaga pintu gua Gunung Keriang... haha... ok ni membe aku.. Ana.. 

tinggi sebenarnya.. semput jugak

2 gambar kat atas ni masa kat Aras 2


masa on the way balik tadi, memang nampak betul pelangi ni kat tempat yang sama macam gambar ni... yg aku nampak tadi tu real ye.. masa tu baru lepas hujan.. cayalah pelukis gambar ni... heheh







yg atas ni pulak kat Aras 3.. terpana sekejap tengok dinding yang berlatarbelakangkan panorama sawah padi.. aras ni akan berputar lebih kurang 20 minit, lepas 5 minit, akan berputar lagi...

sebahagian dari pensyarah n student yg ada.. yg lain masih kat dalam..

bayaran masuk RM3.00
kalau bawak kamera atau even kamera handphone pun kene cas RM2.00

kira murah la tu kan.. x sia2 datang sini tau... so kalau korang ada masa, singgah2 la Muzium Padi Kedah ni... 

ok.. sekian la untuk Promote Muzium Kedah ni... memang pasang niat nak datang lagi kat muzium ni.. kalau ada rezeki...
Wassalam...