Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 1, 2013

Cuti Punyer Citer


Alhamdulillah,  cuti sem 3 berakhir dgn penuh bahagia. Walaupun keputusan x bagus mana, tapi itulah study namanya huhuu. Bila ingat2 balik, aku mengalami tiga musim cuti sem yang amat berbeza.

Sem 1: since cuti sem 1 batch aku diwajibkan praktikal, kami dihantar berpraktikal di UiTM Perlis selama 6 minggu. Seronok kat sana, banyak memori  dan ilmu yang berguna. Konvoi sama2 jalan2 keliling Perlis dan Kedah, konflik sesama classmate, macam2 la ktorg nih.

Sem 2: maybe ramai dah tau masa praktikal sem 1, aku terpaksa pulang ke kampung di Pahang kerana ayah diserang ‘mild stroke’. So aku cuti 3 hari masa praktikal tu. Lepas tu, masuk kelas sem 2 macam biasa. Sepanjang kelas di Kuala Pilah berlangsung, ayah memang dah x berdaya, dijaga oleh mak. Since UiTM dapat cuti sempena Hari Wesak selama semiggu, aku pulang ke Pahang. Sehari lepas kepulanganku, ayah pergi untuk selamanya. It was a long day to me. :’( 5 hari lepas ayah meninggal, aku dikejutkan pula dengan berita kematian abang akibat kemalangan. Sangat terkejut masa tu. Sedih apatah lagi. Namun hidup mesti diteruskan.

Cuti sem 2, boleh dikatakan cuti yang sangat stress untuk aku. Lepas ayah dan abang meninggal, mak hilang selera makan. Kata kakak, mak mengalami penyakit “merana”. Orang yang dah kawin je tau maknanya. So, since aku cuti sem masa tu, dan memandangkan mak ada 2 org je anak perempuan (kakak yg bekerja dan berumahtangga, dan aku yg still single), aku jaga mak selama 8 minggu cuti sem tu. Allah je tau runtunnya perasaan seorang anak bila tengok mak yang selama ni sihat dan cukup kuat menjaga ayah yang sakit, tetiba  mejadi lemah sekelip mata. Masa tu mak kurus sangat. Hampir hari2 aku menangis buntu xtau nak buat apa. Mak masuk wad 2 kali, dan selama itulah aku teman mak kat HTAA tu 24/7. Tido kat sana, mandi kat sana, makan pun kat sana (masa tu bulan puasa). Akhirnya atas usaha yang x putus asa dari kami adik beradik, mak semakin pulih dengan bantuan seorang ustaz yang tinggal hanya dibelakang rumah kami. Hanya Allah yang Maha Berkuasa mampu membalas jasa ustaz tu. :’)  berakhirnya cuti sem 2, kami berpakat untuk menghantar mak ke rumah kakak di Putrajaya, lebih senang aku nak pantau kesihatan mak sebab putrajaya dgn pilah x jauh mana. Naik bas, ktm dgn erl 5 jam je sehari.

Sem 3: oleh sebab cuti sem 2 merupakan cuti yang amat penat, aku “mind set” kan minda aku,: BALIK PILAH NAK REHAT! Jujur aku penat sangat masa tu. Sepanjang sem 3, selagi hujung minggu aku free, muka ni memang duk ngadap muka abang kaunter tiket ktm dgn erl jela… 5 jam ke putrajaya hari jumaat, esoknya (sabtu) 5 jam lagi travel balik pilah. Since kakak pun pregnant masa tu, so hujung minggu aku pegi sana tgok perkembangan baby n mak aku yang semenjak discharge HTAA kene injek insulin untuk kencing manis die. Roommate aku Ana penah tanya.: x penat ke jumaat g sana, sabtu balik sini pulak.?? Aku jawab x pun..sebab kat sana ada keluarga yang jatuh bangun aku, aku pasti pulang kepada mereka. Terpaksa balik hari sabtu sebab Ahad nak buat homework lagi, assignment lagi, isnin nak ngadap Miss A lagi haha. Jadi, apakah maknanya “mind set aku BALIK PILAH NAK REHAT” tu ek????.

Dan cuti sem 3 ni, aku di sini, PUTRAJAYA. Since mak dah semakin sihat Alhamdulillah, dan lahirnya anak saudara yang sekian lama dinantikan (Zaen Hafiy yang kupanggil Flowerboy sebab die suke pandang gambar bunga warna kuning dekat sofa) pun selamat dilahirkan bulan 11 aritu, Alhamdulillah syukur. Cuti sem 3 ni dihabiskan dgn menjaga baby zaen, which was a very new and magical experience to me. First time kot jaga baby. Dan pengalaman tu memang berharga. Mandikan baby, buatkan susu, basuh “yak” die, pakaikan baju, jaga die masa demam, macam2 lagi la… cuti sem ni boleh dikatakan cuti sem yang best n rilek gler huhuu.. tgok baby senyum macam tgok diri kita sendiri senyum. Haha. Bak kata orang, selagi x jadi ibu, jangan cakap jadi ibu tu senang. Naluri seorang ibu tu pasti bila jadi ibu. Kakak yang selama ni aku rasa garang, sekarang dah lain bebenor sejak ada flowerboy hahaha… *matila aku kene dgn akak sebab panggil anak die flowerboy.

Maka cuti sem 3 pun berakhir. Esok lusa dah nak balik pilah memulakan sem yang baru (sem 4). Cuti sem 4 sememangnya dah tau dah cam ne (kne praktikal der.. tgah2 bulan puasa plak tu masuk ladang huhuuu…), so kita tgok le nanti acaner jadinya..insyaAllah baik2 je semuanya..