Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 19, 2012

Sekadar Luahan Rasa.

Assalamualaikum...

maafkan saya andai tersalah bahasa. cuma ambil sedikit masa untuk meluahkan rasa... 

kadang2 kita lupa siapa diri kita, jadi beringat2lah sentiasa. 

Alhamdulillah, semester 3 dah nak masuk setengah sem, banyak peristiwa berlaku. 

sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan sahabat2 yang baik dan banyak membantu, especially dia. 
kemana sahaja dengan dia, makan dgn dia, pegi kelas dgn dia, balik kelas dgn dia, sentiasa dgn dia.. *kecuali masa dia dating la, xkan nak nyibuk plak kan.

dengan aku bersama dia, dan memandangkan aku selalu tumpang motor dia, maka ramai la yang macam tersalah anggap (motor tu macam aku punya plak, nak tlg bwkkan ape2 je mesti mintak tlg dgn aku.)
maafkan saya, saya tumpang je, sesungguhnya saya xde hak nak tentukan segalanya.. dalam hal ni, sepatutnya orang yang patut diminta tolong ialah dia. bukan saya, kerana saya cuma tumpang. 

tolongla faham keadaaan  ni, rasa bersalah ni dah macam gunung everest nak meletup jadi gunung berapi dah.. 

si dia bukan halimunan dalam umah ni, walaupun dia kerimping je, aku sihat bebenor. rasanya dia boleh dilihat dengan mata. aku yang masih ditegur ni terasa n rasa bersalah sebab kalian x menegur dia sama, seolah2 dia ditelan dalam gulungan lemak2 badan aku. si dia bukan angin yang korang x bleh nampak, si dia manusia biasa yang punya hati dan perasaan macam kalian juga.. 

x salah kalau cuma suarakan "hai" dan "bye" dengan bukan hanya namaku dihujung ucapan. x salah kalau dia juga dipelawa makan, bukan aku saja. *walaupun korang memang tau kitorang makan kat luar.  
kalau aku di pihaknya, mengalir sudah tentu mutiara jernih ni.

*kadang2 kita lupa bahawa kita sudah cukup dewasa untuk berfikir, untuk mempunyai lebih tahap kesabaran dan mempunyai lebih sikap toleransi dan terutamanya LEBIH BERSIKAP MATANG!! 

ok, maafla kalau entry kali ni memang buat kalian terasa, bukan x sengaja. 

*untuk si dia, trima kasih sebab selalu jaga Filah, walaupun Filah selalu lupa banyak sangat perkara sejak dua menjak ni.. walaupun kene ulang cakap banyak2 kali sebab Filah x dgr.. walaupun kadang2 filah macam x betul sikit akhir2 ni. dan terima kasih sebab sudi bawak beban yang berat tiap2 hari waktu nak pegi kelas..

TQ so much... Ana. 
*sayang u lebih. 

No comments:

Post a Comment