Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 18, 2012

remember

Aku akui, bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu hubungan persahabatan, apatah lagi menguatkannya. tapi hati ini sentiasa berdoa agar Allah sentiasa menyuluhkan sinar kebahagiaan untuk kamu semua, walaupun tiada aku di sana. kerana aku tahu, kamu lebih bahagia tanpa aku.

saban hari fikiran ini melayang ke arah memori kita dulu, tapi itu hanya memori yang hanya pantas untuk diingati, bukan untuk diulangi. kadang2 menitis airmata ini tatkala hati dan fikiran menggamit kenangan lalu, tapi itu hanya kenangan yang hanya tinggal kenangan, ia x boleh diulang lagi.

seronok bila melihat adik2 yang sangat gembira bersama rakan2 mereka di tepi pagar sekolah menanti bas untuk membawa mereka pulang. itulah aku dahulu. rancak berborak di tepi jalan sambil menunggu Bas Abg. Zul ketika di SMKM2. ya. aku sudah melalui zaman itu. suatu hari nanti mereka juga akan sepertiku. mereka akan berada di tempatku. mereka akan rasa apa yang aku rasa.

zaman bergelak ketawa di dalam bas awam sudah berlalu. zaman terpekik terlolong dalam bas sekolah juga dah lama aku tinggalkan. tetapi aku masih mengingati zaman2 itu, yang kadang kala membuat aku tertawa dan menangis sendiri.

manusia matang dengan usia. bertambah usia, maka seharusnya makin sedar kita akan tuntutan kehidupan.


No comments:

Post a Comment