Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 1, 2013

Terima Kasih Mak :')




Mak, hari ini Diknor 22 tahun. Genap 22 tahun mak lahirkan dan jaga diknor smpai sekarang. Segala penat jerih, airmata kebimbangan, doa mak membesarkan anak perempuan bongsu mak ni. Terima kasih mak, kerana menjadi seorang ibu yang terbaik di dunia. Diknor sayang sangat-sangat kat mak. Sebagaimana diknor tau mak sayangkan anak2 mak. Sungguh jasa mak tak dapat diknor balas smpai akhirat. Sungguh airmata mak tak dapat diknor tebus bayar. Maafkan anakmu ini andai terguris hati nurani mak.

Di hari lahir diknor ini, diknor berdoa semoga Allah kurniakan kesihatan sepanjang hayat untuk mak. Sungguh diknor tak sanggup tengok mak sakit macam hari tu. Sedih sangat hati ni bila tengok mak muntah2 x selera makan. Semoga hari itu menjadi sejarah yg takkan berulang lagi.

Mak, anakmu ini memohon doa restu dari mak.
Anakmu ini memohon ampun dari hujung rambut smpai hujung kaki.
Anakmu ini memohon dihalalkan segala pengorbanan dari seorang ibu.
Anakmu ini memohon dihalalkan susu ibu, makan dan minum.

Ingin saja diri ini berada disisi mak hari ini, memeluk mak, mencium mak, dan mengucapkan terima kasih kpd mak kerana telah membesarkan anakmu yang manja ini.
Terima kasih mak kerana menjadi ibu kpd Norhafilah binti Othman. Diknor sayang mak selamanya.

Ya Allah, ibuku hanya satu. Kau kurniakanlah kesejahteraan, kesihatan, kemakmuran dan kebahagiaan kpd ibuku ini sebagaimana Engkau memakmurkan hambaMu yang lain Ya Allah. Amin….

Kpd sahabat2 yg Filah sayang slalu, thanks sebab wish my birthday.n thanks sebab bagi Filah tdo dgn bedak mlm tadi. Korang memang (“BAIK”)!!! hahaha… 

No comments:

Post a Comment