Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 23, 2012

Silent Heart Says: Kuatkan Semangat...

Salam...
malam ni nak citer pasal salah satu cara utk kuatkan semangat yg agak lemah, terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai...
sebagai seorang pelajar, perkara yg wajib dilakukan ialah "presentation" untuk subjek2 utama jurusan..
aku sendiri mengalami hal yang sama. dalam satu minggu, pernah ada sampai 4 presentation kene settle..
tiap2 kali presentation, tiap2 kali tulah aku nervous gilerr.. huhuu.. seram sejuk macam duk dalam peti ais je..

seorang kawan memberitahu yg salah satu cara untuk menghilangkan rasa gugup itu ialah dengan memegang sesuatu objek kecil seperti pin kertas..

pagi tadi ada presentation utk subjek hortikultur.. masa persediaan hanya 2 hari.. jadi bagi aku yg kemampuannya terbatas, jujur aku katakan bahawa aku kurang bersedia untuk tajuk kali ni...
sangat2 berdebar sebab xtau sangat apa yg nak di'present' kat depan bilik kuliah tu...

so, aku pegang penutup pen (tu je yg sempat capai masa nak present tadi)... sambil aku "sembang" kat depan pasal slide aku tu, aku genggam kuat2 penutup pen tu.. kata kawan tu, rasa gugup bleh "disalurkan" ke objek yg dipegang tu... *kajian juga dilakukan oleh pakar, ianya satu cara yg amat berkesan..

makin lama aku 'sembang', makin hilang rasa gugup aku tu.. yes!! Alhamdulillah...
ku akhiri presentation dgn senyuman... :)

terima kasih kawan kerana mengingatkanku... amat2 hargai jasamu..;)

No comments:

Post a Comment