Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 10, 2012

Felda Kampung New Zealand

Berada di kampung halaman memang menenangkan diri. Rasa dah lama x balik walaupun baru bulan lepas aku balik sini melawat ayah yg sakit. Alhamdulillah, ayah semakin pulih tapi biasalah, ayah dah tua, dah nyanyuk, aku sendiri pun ayah dah x 
ingat. Dia hanya mampu merenung sahaja, x mampu berbicara.

Felda Kampung New Zealand terletak kira-kira 15km dari Bandar Maran, Pahang. Asalnya kampung ini diberi nama Kampung New Zealand adalah kerana apabila kampung ini dijadikan tanah rancangan Felda, Duta New Zealand ke Malaysia datang kesini untuk merasmikan tanah rancangan ini. Dari situlah kampung ini mendapat nama Kampung New Zealand.

Ini tempat aku membesar. Aku memang dilahirkan di Terengganu, tapi seluruh kehidupanku dijalani disini. Menangis, ketawa, berjalan, membaca, mengira, menyayangi, disayangi, semuanya berlaku disini. Tak dapat dibayangkan kalau suatu hari nanti aku terpaksa pergi dari kampung aku ni.

Tiap-tiap kali aku balik sini, aku pasti curi motor abang atau adik untuk meronda sekitar kampung melihat perubahan yg berlaku sejak aku tiada. Aku ada jalan tetap yg pasti aku lalui tiap2 kali aku ronda kampung. Terasa keindahan alam kurniaan Tuhan.
Tapi sejak abang2 aku bekerja di luar, dan adik aku dah tukar motor Yamaha Lagenda kepada  RXZnya, aku sudah tidak meronda.. yalah, manalah aku reti nak bawak RXZ.. ada clutch..besar plak tu.. langgar pokok karang naya je kene ganti baru motor tu...hii....

Makin lama, makin sedikit kaum muda di kampung ni. Bila aku tanya mak, mak jawab, “diorang sume dah pegi bandar.. K.L, Johor, bandar2 besar ...macam Dikno jgak”.
Aku sedar bahawa sejauh manapun kita pergi, di kota besar manapun kita pergi, kita akan tetap kembali ke tempat asal kita...dan aku disini.. J

*ingin lama2 disini, tapi keadaan x mengizinkan... esok lusa dah kene pulang ke Kuala Pilah menuntut ilmu perladangan yang aku cintai... J

No comments:

Post a Comment