Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 20, 2012

Warkah buatmu teman...



Aku bahagia bersama mereka
Kerana mereka sentiasa ketawa
Segalanya kami lakukan bersama
Makan,ke kelas, malah berjalan-jalan bersama.

Dua semester kami bersama,
Mengharungi suka dan duka, gelak ketawa
Tak dapat dibayangkan kehidupan tanpa mereka
Mereka yg sentiasa membantu, menyokong dan mendokong.
Mereka yg tak jemu mendengar segala luahan rasa
Dan keluh kesahku dengan sabar dan senyuman.
Mereka ikhlas menolong. 

Hari ini hari kedua aku tak makan malam
Hanya pekena segelas minuman kegemaran
Seorang demi seorang menghulurkan makanan
Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat rezekiNya
Dapat aku merasa pemberian ikhlas mereka.

Maafkanku wahai teman
Bukan niatku utk menyusahkan sesiapa
Apatah lagi untuk mengambil kesempatan
Halalkan segalanya wahai teman
Terima kasih atas semua pertolongan

Takkan kulupa jasamu wahai teman

Wassalam... J


1 comment:

  1. sebab tu kte syg kwn2 kte....
    walau macam mane susah pun dia...
    kte tetap bantu....
    sayang sayang kakak filah jugak....

    ReplyDelete