Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

Hadiah dari Bonda...

Jarang rasanya menerima hadiah atau pemberian dari mak tercinta melainkan salam sayang dan ciuman mesra...
kepulangan yang hanya sementara ternyata membuat mak gembira, walaupun untuk seketika...
aku dihadiahkan sepasang telekung berwarna putih, hadiah ikhlas dari mak tercinta..
sesungguhnya mak tahu yang anaknya ini hanya memakai kain telekung yg berwarna putih sahaja... warna pilihan untuk kain telekung sejak kecil...
terima kasih mak...
doa Dikno sentiasa bersama mak..
dikno tahu mak sentiasa doakan kejayaan dikno di dunia dan akhirat...
maafkan anakmu ini...kerana sangat jarang pulang ke rumah...
kekangan masa dan komitmen belajar membataskan segalanya..

syukur kerana mak dikurniakan kesihatan yang tidak membimbangkan...
akan kujaga hadiah ini sebaiknya...
sangat gembira apabila mendapat hadiah ini..
naluri ibu sentiasa benar,...
mak tahu bahawa kain telekung dikno sudah lama benar...
dan mak belikan yang baru untuk dikno...
terima kasih mak...

Dikno Sayang Mak Sokmo...:)



No comments:

Post a Comment