Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 26, 2012

Promote: Muzium Padi Kedah


Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar, telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.

Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampungan di sekelilingnya.

 Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini adalah 12,000m persegi dan mempunyai 3 aras.

Aras 1
Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional penanaman padi.

Aras 2
Aras ini mengandungi enam galeri yang memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang.

Aras 3
Dengan mendaki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke Puncak Gunung Keriang  dan melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang..


Ok, habis dah ayat formal... tiba masa untuk ayat basi2 n jiwang2 plak... hehehe... actually aku baru balik dari fieldtrip Kedah-Perlis ni... kami melawat sama la Muzium Padi Kedah ni. Dah habis ronda2, masa nak keluar dari entrance tu, ada la Pak Cik ensem berbaju Melayu tu bagi pamplet kat aku.. yg kat atas ni ayat2 dari pamplet tu la... haha tapi x semua la aku salin.. sikit2 je.. nak banyak kene pergi sendiri... Pak cik tu minta la aku promotekan muzium ni ke luar.. sebab dia tau yg kami datang nun dari Selatan... so aku janji nak post pasai muzium ni kat blog aku..

So, enjoy la gambar2 ni k...

 mesin semaian karpet

aku sorang pun xkan muat dalam pondok tu.. haha... kita akan nampak banyak pondok2 macam ni kat sawah padi.*zaman dulu punya sawah la... sekarang ni dah maju, rumah banglo terus kat tengah2 sawah tu... hahaha...

baaasikal tua... teringin nak bawak basikal ni, tapi dah lama jadi bangkai kat rumah aku tu.. 

3 gambar kat atas ni alatan yg ada kat aras 1 muzium ni... banyak sebenarnya alatan yg ada kat sini.. tapi x ter'upload' semua..

ha.. ni la mak cik jaga pintu gua Gunung Keriang... haha... ok ni membe aku.. Ana.. 

tinggi sebenarnya.. semput jugak

2 gambar kat atas ni masa kat Aras 2


masa on the way balik tadi, memang nampak betul pelangi ni kat tempat yang sama macam gambar ni... yg aku nampak tadi tu real ye.. masa tu baru lepas hujan.. cayalah pelukis gambar ni... heheh







yg atas ni pulak kat Aras 3.. terpana sekejap tengok dinding yang berlatarbelakangkan panorama sawah padi.. aras ni akan berputar lebih kurang 20 minit, lepas 5 minit, akan berputar lagi...

sebahagian dari pensyarah n student yg ada.. yg lain masih kat dalam..

bayaran masuk RM3.00
kalau bawak kamera atau even kamera handphone pun kene cas RM2.00

kira murah la tu kan.. x sia2 datang sini tau... so kalau korang ada masa, singgah2 la Muzium Padi Kedah ni... 

ok.. sekian la untuk Promote Muzium Kedah ni... memang pasang niat nak datang lagi kat muzium ni.. kalau ada rezeki...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment